Pemulihan Meiji dan Maharaja Zaman_Meiji

Rencana–rencana utama: Maharaja Meiji dan Pemulihan Meiji

Pada 3 Februari 1867, Mutsuhito yang berusia 15 tahun mewarisi tahkta Maharaja Kōmei, lalu terisytiharnya zaman pemerintahan baru iaitu Meiji, yang bererti "pemerintahan berkesedaran". Proses Pemulihan Meiji pada tahun 1868 mengakhiri sistem feudal kesyogunan Tokugawa yang berusia 265 tahun.

Pembaharuan terawalnya adalah perisytiharan Sumpah Lima Piagam pada tahun 1868, iaitu kenyataan am matlamat para pemimpin Meiji untuk menyuntik semangat dan meraih sokongan kewangan untuk kerajaan baru. Lima peruntukannya adalah seperti berikut:

  1. Pengasasan perhimpunan perbincangan
  2. Penglibatan semua darjat dalam melaksanakan hal-ehwal negara
  3. Pembatalan undang-undang kawalan perbelanjaan dan sekatan guna tenaga mengikut darjat
  4. Penggantian "adat resam durjana" dengan "hukum alam yang adil"
  5. Pencarian ilmu antarabangsa untuk memperkasakan asas pemerintahan maharaja